Thursday, June 11, 2026

RESEPI MANGO CHEESKUT LEMAK BERKRIM


πŸ₯­RESEPI MANGO CHEESKUT LEMAK BERKRIM πŸ₯­

Bahan-bahan (Loyang Petak 8 inci)

✅ 1 paket biskut Hup Seng

Krim:

250g cream cheese (suhu bilik)
150g susu pekat manis
250g fresh cream
100g susu full krim
1 sudu teh esen vanila

Lain-lain:

3 biji mangga masak, dipotong kiub
150g susu full krim (untuk celup biskut)

---

Cara Penyediaan

1. Pukul cream cheese bersama susu pekat manis hingga lembut dan sebati.
2. Masukkan esen vanila dan fresh cream. Pukul hingga pekat.
3. Tambahkan susu full krim dan gaul perlahan hingga rata.
4. Celup biskut Hup Seng ke dalam susu, kemudian susun dalam loyang.
5. Tuang lapisan krim dan ratakan.
6. Ulang lapisan biskut dan krim sekali lagi.
7. Susun kiub mangga di atas krim, kemudian tutup dengan sedikit krim.
8. Ulang proses lapisan biskut, krim dan mangga sehingga habis.
9. Akhir sekali, susun satu lapisan biskut, tuang baki krim dan ratakan permukaan.
10. Kisar 5 keping biskut Hup Seng dan taburkan di atas sebagai topping.
11. Simpan dalam peti sejuk semalaman sebelum dipotong dan dihidangkan.

πŸ’‘ Tip Mak Ina: Gunakan mangga yang manis dan tidak terlalu lembik supaya rasa lebih segar dan tekstur lebih sedap bila dimakan.

Hasilnya memang padu! Krim cheese yang lemak berkrim dipadankan dengan mangga manis dan biskut yang lembut, memang susah nak berhenti makan! 😍πŸ₯­

Monday, June 8, 2026

Resepi Kek Layer Pandan

Resepi Kek Layer Pandan 🌿

Bahan Kek:

4 biji telur
240g gula kastor
1 sudu besar Ovalette
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh pewarna hijau
½ sudu teh baking powder
170g tepung gandum (diayak)
130g minyak masak

Cara Membuat Kek:

1. Satukan telur, gula kastor, Ovalette, esen vanila, pewarna hijau, baking powder dan tepung gandum.
2. Pukul sehingga adunan gebu dan kembang (lebih kurang 4 minit).
3. Masukkan minyak masak dan kaup balik perlahan hingga sebati.
4. Tuang ke dalam loyang.
5. Bakar pada suhu 130°C selama 45 minit atau mengikut oven masing-masing.
6. Sejukkan sepenuhnya sebelum diletakkan lapisan kastard.
---

Bahan Lapisan Kastard Pandan

600ml santan
400ml jus pandan
200ml air
230g gula
100g tepung kastard
10g serbuk agar-agar
Sedikit pewarna hijau
1 sudu teh garam

Cara Membuat Kastard

1. Satukan semua bahan ke dalam periuk.
2. Kacau sebati sehingga tiada ketulan.
3. Masak menggunakan api sederhana sambil dikacau berterusan.
4. Apabila adunan mula pekat dan meletup-letup kecil, tutup api.
5. Tuang perlahan-lahan ke atas kek yang telah sejuk.
6. Ratakan permukaan dan biarkan sejuk.
7. Simpan dalam peti sejuk selama 2-3 jam sebelum dipotong.
---

πŸ’š Tip Mak Ina Untuk aroma pandan yang lebih wangi dan warna yang lebih cantik, gunakan jus pandan segar yang dikisar bersama sedikit air dan ditapis.

✨ Hasilnya ialah Kek Layer Pandan yang gebu, lembut dan berkrim dengan lapisan kastard pandan yang lemak manis. Memang sedap dimakan sejuk-sejuk! 😍

Azlina ina resepi πŸŒΏπŸ’š

Sunday, June 7, 2026

Resepi Kek Majerin


Resepi Kek Majerin 
(Kek Marble Retro Orang Dulu-Dulu)

Bahan A

250g mentega atau majerin
1 cawan gula kastor
5 biji telur gred A
1 sudu teh esen vanila

Bahan B

2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Bahan C

Pewarna hijau epal
Pewarna kuning telur
Pewarna biru muda
---

Cara Membuat

1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan gebu.
2. Masukkan telur satu persatu sambil terus memukul.
3. Masukkan esen vanila.
4. Ayak tepung gandum bersama baking powder, kemudian masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian.
6. Warnakan setiap bahagian dengan hijau, kuning dan biru.
7. Tuang adunan secara berselang-seli ke dalam loyang 8 inci yang telah digris.
8. Gunakan lidi atau chopstick dan buat corak pusaran (marble) perlahan-lahan.
9. Bakar pada suhu 160°C selama 45–55 minit atau sehingga masak.
10. Sejukkan sebelum dipotong.

Tip Kek Cantik Berjalur Macam Dalam Gambar

✅ Gunakan adunan yang tidak terlalu cair.
✅ Tuang warna secara berlapis-lapis nipis.
✅ Jangan terlalu banyak mengacau corak marble supaya jalur kekal jelas.
✅ Bakar guna api atas bawah pada rak tengah.

Friday, June 5, 2026

Resepi Kek Gula Hangus

Resepi Kek Gula Hangus Anti Gagal 😍

Bahan Gula Hangus

- 1 1/4 cawan gula putih
- 1 cawan air panas mendidih
- 100 gram butter
- 25 gram planta

Cara Membuat Gula Hangus

1. Panaskan kuali menggunakan api perlahan.
2. Masukkan gula dan biarkan cair sehingga bertukar warna perang keemasan.
3. Tutup api.
4. Masukkan air panas mendidih perlahan-lahan. Berhati-hati kerana campuran akan meletup-letup sedikit.
5. Masukkan butter dan planta.
6. Kacau sehingga semuanya cair dan sebati.
7. Ketepikan dan biarkan suam.

---

Bahan Kek

- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu teh soda bikarbonat
- 4 biji telur gred A
- 1/4 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila

---

Cara Penyediaan

1. Dalam bekas, masukkan telur, susu pekat manis dan esen vanila.
2. Kacau menggunakan whisk sehingga telur pecah dan semua bahan sebati. Tidak perlu pukul hingga kembang.
3. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat.
4. Masukkan bahan yang diayak ke dalam adunan telur dan kacau rata.
5. Tuangkan campuran gula hangus yang telah suam tadi ke dalam adunan.
6. Kacau sehingga adunan licin dan sebati. Boleh juga menggunakan blender.
7. Perap adunan sekurang-kurangnya 1 jam. Jika ada masa, perap sehingga 3 jam untuk hasil yang lebih cantik.
8. Tuang adunan ke dalam loyang yang telah disapu sedikit mentega.
9. Bakar pada suhu 160°C – 170°C selama 30 hingga 40 minit atau sehingga masak.

---

Tip Kek Gula Hangus Cantik Bersarang ❤️

✅ Gunakan butter berkualiti untuk rasa lebih lemak dan berkrim.

✅ Jangan guna api besar ketika mencairkan gula kerana boleh menyebabkan rasa pahit.

✅ Perap adunan sekurang-kurangnya 1 jam untuk membantu menghasilkan tekstur yang lebih lembap dan bersarang halus.

✅ Jangan buka pintu oven terlalu awal semasa membakar.

✅ Pastikan oven telah dipanaskan terlebih dahulu sebelum membakar.

Selamat mencuba. Semoga menjadi Kek Gula Hangus yang lembap, berkilat, bersarang cantik dan memang susah nak berhenti makan! πŸ˜‹πŸ°

Monday, June 1, 2026

GOLDEN BUTTER CAKE

Alhamdulillah... pagi ni siap lagi tempahan Golden Butter Cake untuk pelanggan tersayang. ❤️

Walaupun ramai tengah bercuti dan berehat, rutin homebaker tetap berjalan seperti biasa. Dari awal pagi dah mula membakar, memotong dan menyiapkan setiap tempahan dengan penuh kasih sayang. πŸ₯°

Syukur sangat bila kek yang sederhana ni sentiasa mendapat tempat di hati pelanggan. Teksturnya halus, gebu, moist dan tak muak... memang sesuai dinikmati seisi keluarga. 🍰✨

Terima kasih atas setiap sokongan, tempahan dan repeat order yang tak putus-putus.

Siapa yang nak resepi Golden Butter Cake ni? Komen RESEPI di bawah ya. πŸ‘‡πŸ˜Š