Wednesday, November 5, 2025

RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE (9 inch)

✅ RESEPI BASQUE BURNT CHEESECAKE (9 inch)

Tekstur: Creamy, lembut, kaya & sedikit burnt di atas

Bahan-bahan

500g cream cheese (suhu bilik)
150g gula
4 biji telur
300ml whipping cream
20g tepung gandum / tepung jagung (1½ sudu besar)
1 sudu kecil esen vanilla
Secubit garam

>>>Untuk dapatkan tekstur kek yg lebih creamy WAJIB pakai bahan ini๐Ÿ‘‰KLIK DISINI
---
Cara Penyediaan

1. Panaskan oven pada suhu 220°C – 230°C (api atas & bawah).
2. Sediakan loyang 9 inch – alas dengan baking paper dan biarkan kertas lebih tinggi dari tepi loyang.
3. Dalam mangkuk, pukul cream cheese + gula sampai benar-benar licin dan tiada ketul.
4. Masukkan telur satu per satu, pukul sebentar setiap kali sampai sebati.
5. Tuang whipping cream, esen vanilla & garam. Kacau sebati.
6. Ayak tepung terus ke dalam adunan, kacau perlahan sampai smooth.
7. Tuang adunan ke dalam loyang.
8. Bakar 40–55 minit sehingga permukaan jadi burnt (coklat gelap) tetapi bahagian tengah masih bergoyang bila digoncang.
9. Biarkan sejuk dalam loyang, kemudian simpan dalam peti selama 4–5 jam sebelum potong untuk tekstur paling creamy.
---

✅ Tip Extra Untuk Jadi Sempurna

Jangan overmix selepas masukkan tepung.

Kalau nak lebih burnt, tambah masa 5 minit.

Kalau nak lebih set, bakar lama sikit.

Simpan dalam peti 1 malam — lagi sedap!

-Azlina ina resepi-

No comments:

Post a Comment