🍪 RESEPI CHOCOLATE COOKIES WHITE HAZEL
Panduan memulakan perniagaan bakeri & kuih dari rumah
Bahan-Bahan (± 60–70 biji)
Bahan A (Kering)
180g tepung gandum
50g 👉BAHAN WAJIB
1/2 sudu kecil baking powder
1/4 sudu kecil garam
Bahan B (Basah)
150g mentega (lembut, bukan cair)
100g gula kastor
70g gula perang
1 biji telur (gred A)
1 sudu kecil esen vanila
Topping
150g coklat putih (white chocolate compound)
150g coklat hazelnut / milk chocolate hazel
>>>Coklat ni boleh guna beryls 👉KLIK DISINI
---
Cara Penyediaan
👉1. Sediakan adunan
1. Pukul mentega, gula kastor & gula perang hingga sebati dan sedikit kembang.
2. Masukkan telur & esen vanila. Pukul sekejap sahaja.
3. Ayak Bahan A dan masukkan ke dalam adunan basah.
4. Gaul guna spatula hingga menjadi doh lembut yang boleh dibentuk.
---
2. Bentuk cookies
1. Cubit doh dan bentukkan bulat bersaiz syiling 50 sen.
2. Susun atas loyang beralas baking paper.
3. Tekan sedikit bahagian tengah menggunakan belakang sudu/penutup botol kecil untuk ruang topping.
---
3. Bakar
Bakar pada 170°C selama 12–15 minit bergantung pada ketuhar.
Jangan terlebih bakar supaya cookies kekal lembut & moist.
---
4. Sediakan topping
1. Cairkan coklat putih & coklat hazel secara asing menggunakan kaedah double-boil / microwave 20–30 saat.
2. Setelah cookies suam, paipkan setengah bahagian coklat putih dan setengah bahagian coklat hazel di ruang tengah cookies (dua warna seperti dalam gambar).
3. Biarkan coklat set sepenuhnya sebelum simpan.
---
Tukar resepi jadi duit!!! Bisnes tepung Premix
Tips Untuk Hasil Cantik & Licin
Pastikan coklat cair tapi tidak terlalu panas supaya topping tidak mengalir.
Cookies jangan ditekan terlalu dalam, nanti topping tenggelam.
Simpan dalam bekas kedap udara untuk mengekalkan tekstur lembut.
Untuk jualan: guna coklat premium supaya topping lebih berkilat & stabil.
TIP | RESEPI | INSPIRASI
Azlina ina resepi
No comments:
Post a Comment