Sunday, December 28, 2025

RESEPI BISKUT CIP COKLAT MINI RANGUP


Tengok Hana dlm cerita Bahagia yang tertanguh tu, dia jual cookies 🤣. Beratur org beli, mungkin cookies ni kot👇

🍪 RESEPI BISKUT CIP COKLAT MINI RANGUP

🧈 Bahan-bahan:
200g marjerin atau butter
150g 👉BAHAN WAJIB
50g gula putih
1 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
350g tepung gandum
½ sudu kecil baking soda
¼ sudu kecil garam
150g cip coklat (boleh campur dark & milk)

👩‍🍳 Cara Penyediaan:
Pukul marjerin/butter + gula perang + gula putih
→ Pukul sekadar sebati & kembang ringan (jangan overmix).
Masukkan telur & vanila
→ Gaul hingga sebati.

Ayak bahan kering
→ Tepung, baking soda & garam.
→ Masukkan sedikit demi sedikit ke dalam adunan.

Masukkan cip coklat
→ Gaul guna spatula sahaja.
Bentuk kecil-kecil
→ Cubit adunan ± 5–7g, tak perlu tekan (akan meleper sendiri).

Bakar
Suhu: 170°C
Masa: 12–15 minit
Api atas bawah

Sejukkan sepenuhnya → Biskut akan jadi lebih rangup bila sejuk.

💡 Tip Penting Supaya Jadi Macam Dalam Gambar:
✅ Guna gula perang lebih → warna cantik & rasa karamel
✅ Saiz kecil → lebih rangup
✅ Jangan tambah susu → elak biskut jadi lembut
✅ Simpan dalam bekas kedap udara lepas sejuk

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

No comments:

Post a Comment