Monday, November 10, 2025

Resepi Mini Brownies Crunchy di luar,Moist di dalam

Resepi Mini Brownies Crunchy di luar,
Moist di dalam ๐Ÿ˜‹

Bahan-bahan :

*Bahan A
110 g tepung kek
3 sudu serbuk dark koko

*Bahan B
3 biji telur
150g gula perang
1 sudu esen vanilla

*Bahan C
450g coklat masakan
150g butter

Cara-cara :
1)Ayak bahan A, ketepikan.

2)Di dalam bekas lain, pukul bahan B sehingga kembang.

3)cairkan bahan C dengan menggunakan teknik double boil.

4)campurkan bahan C ke dlm bahan B, dan gaul secara perlahan-lahan.

๐Ÿ‘‰Tips : pastikan bahan C tuu dlm keadaan panas semasa dicampurkan ke dalam bahan B. Tujuannya adalah untuk menghasilkan kedutan yang cantik

5) masukkan bahan A ke dalam campuran tadi. Masuk sikit-sikit, pastu gaul-gaul sampai sebati.

6) oven tuu panaskn dulu 190 celcius dlm 5 minit.

Jika nak bakar  kene ade cara๐Ÿ™‹

Guna paper cup,
Bukan size kuih raya tau!
Size besar sikit dari cup kuih raya tp kecik sikit dari cupcake, ngam2 tapak tangan tuuu.

Tuang brownies tuu dalam paper cup, jangan penuh2, tinggalkan suku dari paper cup tuuu.

Lepas oven da panas, kite masak brownies tuu dengan suhu 190 celcius selama 10 minit.
Bila dah bunyii ting,
Kite turunkan suhu kepada 160 celcius selama 30 minit.

Tujuan nyaa adalah, suhu yang pertama tuu untuk menghasilkan kedutan yang cantikkkk merekah-rekah.

Bila brownies dah masak,
Matikan oven dan biarkan dulu brownies tuu duduk dlm oven dlm 10-15 minit.
Bagi die rileks dan menghasilkan kedut-kedut cantikk!

Pastuuu, hiaslaa brownies tuu mengikut kreativiti masing-masing ❤️

Semoga memberi manfaat untuk semuaaa ๐ŸŒธ

TIP | RESEPI | INSPIRASI
Azlina ina resepi 

No comments:

Post a Comment