RESEPI KEK COKLAT MOIST KUKUS
Bahan A :
1 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
(Satukan semua bahan dan ayak, ketepikan)
Bahan B :
1 cawan serbuk koko
1 cawan minyak jagung
1 cawan susu cair
3/4 cawan susu pekat manis
3/4 cawan gula pasir
(Satukan semua bahan. Masak guna api perlahan hingga gula larut)
Bahan C :
4 biji telur - pukul
Bekas plastik saiz 250 secukupnya
(Anggaran 12 bekas)
>>>Guna je Tepung kek coklat ini lebih mudah 👉Kenapa ramai baker yang review tepung kek coklat ini terbaik
1. Masukkan bahan A ke dalam bahan B diselang selikan dengan telur sebatikan.
2. Tuang adunan hingga memenuhi 1/2 daripada bekas plastik yang digunakan.
3. Kukus selama 25-30 minit. Apabila kek masak sejukkan.
Bahan topping coklat :
300gm coklat masakan
500ml UHT whipping cream
1. Satukan kedua-dua bahan di dalam periuk.
2. Panaskan sehingga berwap dan coklatnya mencair.
3. Angkat dan terus tuang ke atas kek. Hias kek mengikut kreativiti memasing.
4. Sedia untuk dinikmati.
*Resepi ini di ulang siar untuk perkongsian ilmu, sila LIKE | KOMEN | SHARE😘
No comments:
Post a Comment