Friday, October 10, 2025

RESEPI JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

RESEPI JAPANESE COTTON CHEESE CAKE

BAHAN A :

250 gm cream cheese
50 gm butter
100 ml susu segar
(fresh milk)
6 biji kuning telur
1 sudu besar jus lemon
1/4 susu kecil garam
60 gm tepung kek/tepung superfine
20 gm tepung jagung (cornflour/cornstarch)

>>>Lebih mudah guna set lengkap Tepung Kek Japanese cotton ini 👉https://s.shopee.com.my/2qLrF4ua17

BAHAN B :

140 gm gula
(granulated sugar)
6 biji putih telur
3/4 sudu kecil jus lemon

CARA-CARANYA :

1. Cairkan cream cheese, butter dan susu dgn teknik double boiler.

2. Kemudian, campurkan tepung, tepung jagung, kuning telur, garam dan jus lemon ke dalam adunan cream cheese dan gaul hingga sebati.

3. Dalam bekas lain, pukul putih telur sampai berbuih buih (foamy). Lepas tu, tambahkan
gula dan pukul lagi sampai bertanduk
(soft peak).

4. Campurkan adunan Bahan A tadi ke dalam adunan Bahan B yang dah gebu tu dan kacau sampai sebati. Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 8 inci, yg digriskan bawahnya dan tepi tu salut dgn kertas baking. Tuang adunan kek dalam tin kek.

5. Bakar kek pada suhu 160C dlm kira kira 1 jam, dengan cara bain-marie (waterbath).

Kredit : Suzana Hassim

SELAMAT MENCUBA

*Resepi ini di ulang siar untuk perkongsian ilmu, sila LIKE | KOMEN | SHARE

No comments:

Post a Comment