Wednesday, April 1, 2026

Resepi kek bingsu sweet manggo

#seharisaturesepimakina
#fypppppppp

Asalamualaikum
tgh viral kan..Nak suply satu malaysia pn mak xmampu haha.so sama2 kita jual jom..
Ni antara yg the best seller.sehari beratus habis.

kek bingsu sweet manggo

telur-5biji ( gred A)-6-7 biji gred C kebawah
gula-270g /1cawan
Esen mangga-1sb
pewarna kuning lemon
ovalet-1sb
tepung gandum- 2cawan @ 350g
1sb baking
susu full cream-150g @1/4 cawan 
minyak jagung-80g @ 7-8 sb

cara2
masuk semua bahan kecuali
-susu full cream
-minyak jagung
mix sampai adunan kembang 
dan adunan nampak berganda dr asal
masuk kan susu full cream sampai habis slow kan mixer
mix slow sampai sebati..
guna volume sederhana sampai kembang gebu semula.
matikan mixer dan masuk kan minyak jagung td
kaup balik sahaja

Adunan boleh isi dalam acuan bingsu 4 inch yg dah disapu panola..
wrap dgn wraping plastik dan kukus 14-15 mnt..cucuk dgn lidi pd bahagian kek kalau keluar xbersisa bermaksud kek masak dgn cantik...

topping kek
resepi basic cheese die di bawah
-tambah perisa dan colour kalau xnak plain
500g cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping non dairy
1/2 cawan full cream
blend sebati

cara topping
korg tuang cheese 
kemudian sejuk kan 1 jam
keluakan dan tuang topping mangga tu
boleh beli di kedai ready made filling manggo jenama the bakels atau harvest ya
Pas tu boleh letak buah pelam atau mangga fresh then tabur cheddar
mmg comel sesuai untuk di jual
atau di buat desert majlis harijadi anak korg.
so cuba la ok
mak halal kan korg mencuba

Resepi Creampuff Castard


Resepi Creampuff Castard

Puff
---------
1000 ml air
400 gm majerin
500 gm tepung gandum.
sedikit garam
sedikit esen vanilla.
600 ml telur yang dipecahkan (anggaran 11 biji)

Caranya :
Masukkan air + garam + esen vanilla + majerin dalam kuali.
Masak hingga didih.
Setelah didih kecilkan api masukkan tepung..kacau hingga sebati.
Setelah sebati masukkan adunan dalam bekas besar..mixer perlahan sambil masukkan telur sebiji² hingga adunan sebati.
Sementara tu panaskan oven.
Griskan acuan..Masukkan adunan dalam piping bag bersama nozel,paip dalam acuan.
*saya guna nozel star no.856
Bakar 30 minit suhu 200'c.ikut pada oven masing².api atas bawah 

Filling Castard
------------------------
1700 ml air
1 tin susu cair.
2 biji kuning telur
300 gm gula pasir
200 tepung castard.
satukan semua bahan. masak hingga likat.

Setelah creampuff masak boleh paipkan filling 
castard.

selamat mencuba😍

Wednesday, February 18, 2026

Resepi Puding Caramel

korg buat la untuk jual atau makan ya, nk buat juadah berbuka pun boleh,

-Resepi Puding Caramel-

Bahan2 caramel:
1 cawan  gula
5 sb air
-masak api slow sehingga gula cair dan warna emas. Kacau perlahan sehingga sebati. Tuang dlm bekas yg di rendam dalam air sejuk supaya bekas plastik tu xbelobang hahaha

>>> Nk guna set puding caramel ni pun lgi mudah πŸ‘‰ KLIK DISINI

>>> Boleh ltk dlm bekas mcm ni πŸ‘‰
KLIK DISINI

Bahan2 Puding:
10 bj telur A
1 st esen vanilla
1sk sunquick( optional suke letak xde bau telur langsung)
1 tin susu cair/sejat
1/3 tin susu pekat
-masukkn semua bahan dan blend sekejap shja dan tuang kedalam loyang caramel.
-kukus 20mnt-

Monday, February 16, 2026

RESEPI COOKIES COCOLATE WHITE HAZEL

#resepipercumamakina 
BISMILLAH 
Asalamualaikum..tahun pertama jual xsangka lebih 5000 bekas dah book by agent dan pemborong.Mana xsempat book atau beli mak bg resepi korg buat la sendiri ya...

COOKIES COCOLATE WHITE HAZEL

500g marjerin pelangi
2 biji telor kuning
2 sudu bsr esen vanilla
1cwn gula castor
1/2 cwn minyak masak 
1 sudu bsr baking powder 
1sudu (k) soda
3 sudu bsr emplex
3 sudu bsr emolco dark choc
3 sudu serbuk dark cocoa 
1 cwn 1/2 tepung susu 
1cwn tepung jagung 
4 cwn tepung gandum 

 Mula²  satukn marjerin, telor,esen,gula castor,minyak masak,baking ,soda,emplex,emolco choc,dark cocoa adun dgn sederhana atau gaulkn bgi sebati sahaja.xperlu kembang..
kemudian tambah kan tepung susu, tepung jagung d tepung gandum perlahan² sehingga sebati,setelah adunan sebati barulah masukkn kedlm piping beg supaya senang utk kita menekan,kmudian tekan lobang guna penekan mak oder di tik tok je..search penekan biskut button.
 Panas kan oven kemudian bakar dgn api 
oven industri
175 api atas
154 api bwh 
bakar 17-18 minit kemudian keluakan big sejuk topping pakai topping spread guna coklat beryls atau top cocoa.dua ni saja murah dan sedap ya..white dan hazelnut sebelah2
kemudian bakar semula 7-8 minit keluakan bg sejuk dan angin kan baru susun dalam telap

oven biasa
bakar turn pertama
180 masa 20 mnt api atas bawah
keluakan sejuk kan
paip coklat white dan hazelnut
kemudian bakar semula 4-5 mnt
kemudian angin kan baru packing ya

selamat mencuba semuaaa

Monday, February 9, 2026

Resepi Cream puff boncet

Resepi Cream puff boncet

Mix 500g butter dan 50g gula then masukkan 1000ml air /1 liter dan 400 ml susu full cream/fresh cream

Masak semua bahan ni sampai mendidih then baru masukkan 800g tepung gandum masak sampai tak melekat then sejukkan adunan dulu then baru alulihkan adunan ke mixer then masukkan vanila dan 20 biji telur(masukkan satu persatu)

Bakar suhu 180 api ats bwh selama 25 minit

belah dua jgn putus cream puff korg td
kemudian sediakan cream die
juga cara baru lg senang sediakan custard cream die

Inti sedap die

Creampuff 
Custard masak 
2 Sudu besar tepung Custard
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula 
1 cawan air panas 
Masak sehingga jadi custard ( Licin )
Sejukkan adunan + campurkan dengan vivo

masuk piping beg guna nozel 1@2M
paip penuh dan gerak kan keluar ayak dusting powder siap

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi 

Sunday, February 8, 2026

Resepi Bingsu cheese cake candy laici

Resepi Bingsu cheese cake candy laici

Bahan2 kek
acuan saiz 4 inch
bahan2 satukan dalam bowl
5 biji telur
1 cawan πŸ‘‰ KLIK DISINI
1 sb πŸ‘‰ KLIK DISINI
1sb perisa laici πŸ‘‰
KLIK DISINI
1sk colour biru
1sk cream tartar
1sk baking soda
2 cawan tepung self rising
mix sampai jd putih gebu
masuk kan 1/4 cawan susu full cream putar lg sebati
masuk kan 1/4 cawan minyak jagung mix sebati
tuang adunan dalam acuan yg dah disapu minyak
tutup adunan pakai wraping plastic
kukus 20 mnt
keluakan dan sejuk kan

topping
500g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu full cream
1/2 cawan whipping dairy
blender sebati
ambik bahagikan 3 bahagian
satu bahagian original kalau nak letak laici pn boleh
satu bahagian letak perisa strawbery dan pewarna pink sikit je bg slow je colour
satu bahagian letak perisa mangga@pisang@nenas mana2 kesukaan korg dan colour kuning lemon sikit je tau
kemudian boleh tuang atas kek ikut corak colour yg korg rasa cantik...
sejuk kan dan siap di jual atau makan ya...

TIP | RESEPI | INSPIRASI
Azlina ina resepi 

RESEPI BISKUT MAKMUR LEGEND LEMBUT RANGGUP

RESEPI BISKUT MAKMUR LEGEND LEMBUT RANGGUP

>>> Nak cari acuan yg mcm ni πŸ‘‰ https://s.shopee.com.my/7VAmaQgMGs

240gm minyak sapi-cair kan 
60gm mentega 
1 bj kuning Telur -A/B
1/2tsp esen vanila 
500gm tepung gandum
60gm gula aising

>>> Bahan wajib guna πŸ‘‰https://s.shopee.com.my/6fbfb1swq6

Bahan2 inti 
1/2cawan mentega kacang/peanut spread
180gm kacang tanah kasar 
60gm gula aising 
*campurkan semua dan kacau rata

Cara2

1. Pukul mentega,kuning Telur ,esen vanila dan gula aising hingga sebati saje..tak perlu lama2.. Guna  senduk kayu jek

2. Masukan tepung gandum ..tuang minyak sapi cair sikit sikit sambil uli hingga lah dapat doh yg elok dan boleh kepal..

3. Ambil  sikit doh (Sy timbang dlm9gm) dan leperkan..isikan inti..bulatkan dan sepit atau boleh buat bulat2 jek 
Sy Guna sepit dlm pic tu

4. Susun atas dulang pembakar yg digris sikit dgn butter/marjerin

5. Bakar suhu 150-160 selama 30-35 minit atau hingga betul garing(Sy bakar sampai garing baru ranggup)
*kalau nak jenis lembut sikit tak perlu sampai garing sgt..tengok bwh kuih dh perang boleh la angkat

6. Setelah sejuk,golekan dgn gula aising 
Siap 

InsyaAllah sangat2 sedapπŸ˜‹πŸ˜‹

Selamat mencuba

Wednesday, February 4, 2026

Resepi Kek pandan santan kukus paling gebu


Resepi Kek pandan santan kukus paling gebu

Bahan-bahan πŸ‘‡
ayak
1 cawan tepung self rising
1 cawan tepung gandum cap ros
1 sk baking powdee
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream off tartar

mix kanπŸ‘‡
5 bijik telur gred B
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
1sb pandan coconut emolco
1sk pewarne hijau aple green
2sb serbuk santan ( ade jual kat bakery)
mix smpai gebu warne hijau pekat adunan jd pudar

bila dah gebu slow kan mixer paling rendah
masukkan sikit2 tepung smpai habis
masukkan 8sb minyak masak sket2 smpai abis
nak kaup balik adunan boleh nak pakai mixer slow2 boleh
last masukkan 5sb santan pekat kara kacau sebati
oles acuan dgn minyak tuang adunan.panas kan pengukus dan kukus 40 mnt.hoyey tebalik kan siap gebu bak pipi cikguπŸ˜‚πŸ˜‚


Resepi mini pandan kelapa puteri ayu

#resepifreemakina 
Boleh ke like dan komen post resepi free mak?


πŸ’š mini pandan kelapa puteri ayuπŸ’š

2 cawan tepung gandum
2 biji telur gred A kalau B 3 biji ya( dr dalam peti ais dan telur mesti sejuk)
1 cawan gula halus 
1/2cawan santan+ 1sb emolco pandan coconut+ pewarna hijau epal
1sb ovalett
1sk soda bikarbonat
5 sb minyak jagung


-pukul sehingga kembang telur, gula dan ovalett+ santan+ emolco+ pewarna
-masukkan tepung yang dah di ayak dgn baking 1sk baking soda+1sk baking powder
tambah minyak jagung dan Kaup balik sehingga sebati semua bahan.

kelapa parut muda gaul sedikit garam kukus sekejap( nak cantik ambik putih saja)
sedikit tepung ubi tabur kan dan gaul rata


*panaskan air kukusan sehingga mendidih.
*sapu minyak di acuan..masukkan kelapa dan tekan² bagi padat..
*tuang adunan ke dalam acuan..kukus selama 10 minit.Siap bia sejuk sekejap baru keluakan dr acuan.

Thursday, January 29, 2026

πŸ’° TIP JIMAT KOS BAHAN DALAM BAKING

πŸ’° TIP JIMAT KOS BAHAN DALAM BAKING

Untung bukan datang dari harga mahal, tapi kawalan kos

1️⃣ Rancang menu, jangan bake ikut rasa
Bake ikut mood = kos bocor.
❌ Banyak jenis kek / biskut
❌ Bahan bertindan
✅ Cara jimat:
Fokus 3–5 menu utama sahaja.

2️⃣ Guna bahan yang boleh dikongsi
Pilih menu guna bahan hampir sama.
Contoh: • butter & margarin sama
• telur sama
• tepung sama
πŸ‘‰ Kurang beli bahan pelik-pelik.

3️⃣ Campur butter + margarin
Tak perlu butter mahal 100%.
➡️ 50% butter + 50% margarin
• rasa masih sedap
• bau wangi
• kos turun
πŸ‘‰ Teknik popular homebaker.

4️⃣ Beli bahan ikut timing
Jangan beli last minute.
❌ Harga naik
❌ Pilihan terhad
✅ Beli: • awal musim
• semasa promo
• borong kecil-kecilan

5️⃣ Simpan bahan dengan betul
Bahan rosak = duit terbazir.
❌ Tepung berulat
❌ Butter tengik
❌ Coklat bloom
πŸ‘‰ Simpan: • bertutup rapat
• label tarikh
• asing ikut jenis

6️⃣ Timbang, jangan agak-agak
Agak-agak = pembaziran.
❌ Terlebih bahan
❌ Rasa tak konsisten
✅ Guna penimbang digital.

7️⃣ Jangan kejar semua trend
Trend cepat datang, cepat pergi.
❌ Beli bahan mahal
❌ Order sikit je
πŸ‘‰ Fokus menu repeat order.

8️⃣ Kira kos setiap resipi
Ini paling ramai tak buat.
➡️ Tahu kos sebenar
➡️ Senang tentukan harga
➡️ Elak jual rugi

Saturday, January 24, 2026

KEK TAK CANTIK TAPI LAKU KERAS

🍰 KEK TAK CANTIK TAPI LAKU KERAS

Realiti dunia baking yang ramai tak nak mengakuπŸ€”

1️⃣ Rupa bukan penentu utama

Ramai sangka kek kena: 
❌ tinggi melangit
❌ licin macam cermin
❌ deco penuh
Hakikatnya pembeli lebih cari: 
✅ rasa sedap
✅ moist
✅ harga masuk akal
πŸ‘‰ Kek simple tapi sedap ulang order.

2️⃣ Customer beli sebab percaya
Kek tak cantik tak bermakna tak laku.
Pembeli selalunya beli sebab: 

• pernah rasa
• orang rekomen
• testimoni kawan
πŸ‘‰ Bila rasa padu, rupa jadi nombor dua.

3️⃣ “Homemade look” sebenarnya ada market
Sekarang ramai suka: 

• kek simple
• nampak homemade
• tak terlalu fancy
πŸ‘‰ Kek nampak ‘jujur’ lebih dipercayai dari kek terlalu perfect.

4️⃣ Kek cantik ≠ untung besar
Kek cantik: 

❌ kos bahan tinggi
❌ masa deco lama
❌ harga susah naik
Kek simple: 
✅ cepat siap
✅ kos rendah
✅ margin lebih selamat
πŸ‘‰ Untung datang dari konsisten, bukan glamour.

5️⃣ Fokus rasa dulu, deco kemudian
Banyak homebaker berjaya sebab: 

• kuasai 1–2 jenis kek
• rasa konsisten
• repeat order
πŸ‘‰ Deco boleh upgrade bila dah stabil.

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Monday, January 19, 2026

Kenapa Biskut Semprit Jadi Keras Lepas Bakar?

🌼 Kenapa Biskut Semprit Jadi Keras Lepas Bakar?

Semprit yang keras selalunya bukan sebab oven je, tapi gabungan beberapa kesilapan kecil yang ramai tak sedar.

1️⃣ Tepung Terlalu Banyak
Ini punca paling biasa.
Tepung berlebihan menyerap lemak → biskut jadi kering & keras.
πŸ‘‰ Tip betul:
Tambah tepung sikit demi sikit sampai adunan lembut dan mudah dipicit.

2️⃣ Overmix Adunan
Bila adunan digaul lama, struktur jadi padat.
Hasilnya, semprit tak rapuh & tak melt-in-mouth.
πŸ‘‰ Tip:
Gaul cukup sekadar sebati. Bila doh nampak licin, STOP.

3️⃣ Butter Tak Cukup / Kualiti Rendah
Lemak dari butter beri kelembutan.
Butter murah atau kurang lemak buat tekstur kasar & keras.
πŸ‘‰ Tip:
Guna butter berkualiti dan cukup sukatan.

4️⃣ Suhu Oven Terlalu Panas
Api kuat buat air & lemak cepat hilang.
Semprit kering sebelum sempat masak elok.
πŸ‘‰ Cadangan:
πŸ”₯ 160–170°C
⏱️ Jangan bakar terlalu lama.

5️⃣ Gula Tak Sesuai
Gula kasar atau gula kastor berlebihan buat biskut keras bila sejuk.
πŸ‘‰ Pilihan terbaik:
✔️ Gula aising
✔️ Gaul gula + butter sampai betul-betul sebati

6️⃣ Bakar Terlalu Lama
Walaupun nampak pucat, semprit akan keras bila sejuk jika overbake.
πŸ‘‰ Tip penting:
Angkat bila bahagian bawah kuning keemasan, bukan tunggu atas perang.

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Saturday, January 17, 2026

Kenapa Peniaga Biskut Raya Kena Mula Awal Sebelum Puasa?

Kenapa Peniaga Biskut Raya Kena Mula Awal Sebelum Puasa?πŸ€”

Ramai peniaga hanya mula fikir pasal biskut raya bila puasa dah masuk minggu pertama.
Masa tu sebenarnya dah lambat.

1️⃣ Harga bahan mentah belum naik
Sebelum puasa:

✔️ Butter masih stabil
✔️ Tepung & telur belum berebut stok
✔️ Bekas balang masih banyak pilihan
Masuk puasa:
❌ Harga naik
❌ Barang cepat habis
❌ Terpaksa tukar jenama → rasa berubah

2️⃣ Ada masa untuk buat keputusan yang betul
Bila mula awal, peniaga boleh: 

✔️ Test resepi
✔️ Baiki rasa & tekstur
✔️ Pilih biskut yang betul-betul laku
Bila last minute: 
❌ Main buat je
❌ Tak sempat baiki kualiti
❌ Tak yakin nak jual

3️⃣ Tak stress, tenaga pun terjaga
Mula awal bermaksud: 

✔️ Baking berperingkat
✔️ Tidur cukup
✔️ Kualiti biskut konsisten
Bila buat semua dalam puasa: 

❌ Penat
❌ Emosi cepat naik
❌ Risiko silap tinggi

4️⃣ Pelanggan lebih yakin
Peniaga yang buka awal: 

✔️ Nampak profesional
✔️ Dipercayai pelanggan lama
✔️ Mudah dapat repeat order
Orang akan fikir:
“Dia ni serius berniaga, bukan buat last minute.”

5️⃣ Jualan lebih tersusun & untung lebih cantik
Bila mula awal: 

✔️ Boleh buat pre-order
✔️ Modal pusing lebih selamat
✔️ Untung boleh dianggarkan
Bukan main agak-agak.

✨ 
Biskut raya bukan sekadar sedap,
tapi dirancang dengan betul dari awal.
Siapa yang mula awal, 

➡️ kurang stress
➡️ kualiti terjaga
➡️ untung pun lebih tenang

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi