Wednesday, April 1, 2026

Resepi kek bingsu sweet manggo

#seharisaturesepimakina
#fypppppppp

Asalamualaikum
tgh viral kan..Nak suply satu malaysia pn mak xmampu haha.so sama2 kita jual jom..
Ni antara yg the best seller.sehari beratus habis.

kek bingsu sweet manggo

telur-5biji ( gred A)-6-7 biji gred C kebawah
gula-270g /1cawan
Esen mangga-1sb
pewarna kuning lemon
ovalet-1sb
tepung gandum- 2cawan @ 350g
1sb baking
susu full cream-150g @1/4 cawan 
minyak jagung-80g @ 7-8 sb

cara2
masuk semua bahan kecuali
-susu full cream
-minyak jagung
mix sampai adunan kembang 
dan adunan nampak berganda dr asal
masuk kan susu full cream sampai habis slow kan mixer
mix slow sampai sebati..
guna volume sederhana sampai kembang gebu semula.
matikan mixer dan masuk kan minyak jagung td
kaup balik sahaja

Adunan boleh isi dalam acuan bingsu 4 inch yg dah disapu panola..
wrap dgn wraping plastik dan kukus 14-15 mnt..cucuk dgn lidi pd bahagian kek kalau keluar xbersisa bermaksud kek masak dgn cantik...

topping kek
resepi basic cheese die di bawah
-tambah perisa dan colour kalau xnak plain
500g cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan whipping non dairy
1/2 cawan full cream
blend sebati

cara topping
korg tuang cheese 
kemudian sejuk kan 1 jam
keluakan dan tuang topping mangga tu
boleh beli di kedai ready made filling manggo jenama the bakels atau harvest ya
Pas tu boleh letak buah pelam atau mangga fresh then tabur cheddar
mmg comel sesuai untuk di jual
atau di buat desert majlis harijadi anak korg.
so cuba la ok
mak halal kan korg mencuba

Resepi Creampuff Castard


Resepi Creampuff Castard

Puff
---------
1000 ml air
400 gm majerin
500 gm tepung gandum.
sedikit garam
sedikit esen vanilla.
600 ml telur yang dipecahkan (anggaran 11 biji)

Caranya :
Masukkan air + garam + esen vanilla + majerin dalam kuali.
Masak hingga didih.
Setelah didih kecilkan api masukkan tepung..kacau hingga sebati.
Setelah sebati masukkan adunan dalam bekas besar..mixer perlahan sambil masukkan telur sebiji² hingga adunan sebati.
Sementara tu panaskan oven.
Griskan acuan..Masukkan adunan dalam piping bag bersama nozel,paip dalam acuan.
*saya guna nozel star no.856
Bakar 30 minit suhu 200'c.ikut pada oven masing².api atas bawah 

Filling Castard
------------------------
1700 ml air
1 tin susu cair.
2 biji kuning telur
300 gm gula pasir
200 tepung castard.
satukan semua bahan. masak hingga likat.

Setelah creampuff masak boleh paipkan filling 
castard.

selamat mencuba😍