Thursday, January 29, 2026

๐Ÿ’ฐ TIP JIMAT KOS BAHAN DALAM BAKING

๐Ÿ’ฐ TIP JIMAT KOS BAHAN DALAM BAKING

Untung bukan datang dari harga mahal, tapi kawalan kos

1️⃣ Rancang menu, jangan bake ikut rasa
Bake ikut mood = kos bocor.
❌ Banyak jenis kek / biskut
❌ Bahan bertindan
✅ Cara jimat:
Fokus 3–5 menu utama sahaja.

2️⃣ Guna bahan yang boleh dikongsi
Pilih menu guna bahan hampir sama.
Contoh: • butter & margarin sama
• telur sama
• tepung sama
๐Ÿ‘‰ Kurang beli bahan pelik-pelik.

3️⃣ Campur butter + margarin
Tak perlu butter mahal 100%.
➡️ 50% butter + 50% margarin
• rasa masih sedap
• bau wangi
• kos turun
๐Ÿ‘‰ Teknik popular homebaker.

4️⃣ Beli bahan ikut timing
Jangan beli last minute.
❌ Harga naik
❌ Pilihan terhad
✅ Beli: • awal musim
• semasa promo
• borong kecil-kecilan

5️⃣ Simpan bahan dengan betul
Bahan rosak = duit terbazir.
❌ Tepung berulat
❌ Butter tengik
❌ Coklat bloom
๐Ÿ‘‰ Simpan: • bertutup rapat
• label tarikh
• asing ikut jenis

6️⃣ Timbang, jangan agak-agak
Agak-agak = pembaziran.
❌ Terlebih bahan
❌ Rasa tak konsisten
✅ Guna penimbang digital.

7️⃣ Jangan kejar semua trend
Trend cepat datang, cepat pergi.
❌ Beli bahan mahal
❌ Order sikit je
๐Ÿ‘‰ Fokus menu repeat order.

8️⃣ Kira kos setiap resipi
Ini paling ramai tak buat.
➡️ Tahu kos sebenar
➡️ Senang tentukan harga
➡️ Elak jual rugi

Saturday, January 24, 2026

KEK TAK CANTIK TAPI LAKU KERAS

๐Ÿฐ KEK TAK CANTIK TAPI LAKU KERAS

Realiti dunia baking yang ramai tak nak mengaku๐Ÿค”

1️⃣ Rupa bukan penentu utama

Ramai sangka kek kena: 
❌ tinggi melangit
❌ licin macam cermin
❌ deco penuh
Hakikatnya pembeli lebih cari: 
✅ rasa sedap
✅ moist
✅ harga masuk akal
๐Ÿ‘‰ Kek simple tapi sedap ulang order.

2️⃣ Customer beli sebab percaya
Kek tak cantik tak bermakna tak laku.
Pembeli selalunya beli sebab: 

• pernah rasa
• orang rekomen
• testimoni kawan
๐Ÿ‘‰ Bila rasa padu, rupa jadi nombor dua.

3️⃣ “Homemade look” sebenarnya ada market
Sekarang ramai suka: 

• kek simple
• nampak homemade
• tak terlalu fancy
๐Ÿ‘‰ Kek nampak ‘jujur’ lebih dipercayai dari kek terlalu perfect.

4️⃣ Kek cantik ≠ untung besar
Kek cantik: 

❌ kos bahan tinggi
❌ masa deco lama
❌ harga susah naik
Kek simple: 
✅ cepat siap
✅ kos rendah
✅ margin lebih selamat
๐Ÿ‘‰ Untung datang dari konsisten, bukan glamour.

5️⃣ Fokus rasa dulu, deco kemudian
Banyak homebaker berjaya sebab: 

• kuasai 1–2 jenis kek
• rasa konsisten
• repeat order
๐Ÿ‘‰ Deco boleh upgrade bila dah stabil.

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Monday, January 19, 2026

Kenapa Biskut Semprit Jadi Keras Lepas Bakar?

๐ŸŒผ Kenapa Biskut Semprit Jadi Keras Lepas Bakar?

Semprit yang keras selalunya bukan sebab oven je, tapi gabungan beberapa kesilapan kecil yang ramai tak sedar.

1️⃣ Tepung Terlalu Banyak
Ini punca paling biasa.
Tepung berlebihan menyerap lemak → biskut jadi kering & keras.
๐Ÿ‘‰ Tip betul:
Tambah tepung sikit demi sikit sampai adunan lembut dan mudah dipicit.

2️⃣ Overmix Adunan
Bila adunan digaul lama, struktur jadi padat.
Hasilnya, semprit tak rapuh & tak melt-in-mouth.
๐Ÿ‘‰ Tip:
Gaul cukup sekadar sebati. Bila doh nampak licin, STOP.

3️⃣ Butter Tak Cukup / Kualiti Rendah
Lemak dari butter beri kelembutan.
Butter murah atau kurang lemak buat tekstur kasar & keras.
๐Ÿ‘‰ Tip:
Guna butter berkualiti dan cukup sukatan.

4️⃣ Suhu Oven Terlalu Panas
Api kuat buat air & lemak cepat hilang.
Semprit kering sebelum sempat masak elok.
๐Ÿ‘‰ Cadangan:
๐Ÿ”ฅ 160–170°C
⏱️ Jangan bakar terlalu lama.

5️⃣ Gula Tak Sesuai
Gula kasar atau gula kastor berlebihan buat biskut keras bila sejuk.
๐Ÿ‘‰ Pilihan terbaik:
✔️ Gula aising
✔️ Gaul gula + butter sampai betul-betul sebati

6️⃣ Bakar Terlalu Lama
Walaupun nampak pucat, semprit akan keras bila sejuk jika overbake.
๐Ÿ‘‰ Tip penting:
Angkat bila bahagian bawah kuning keemasan, bukan tunggu atas perang.

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Saturday, January 17, 2026

Kenapa Peniaga Biskut Raya Kena Mula Awal Sebelum Puasa?

Kenapa Peniaga Biskut Raya Kena Mula Awal Sebelum Puasa?๐Ÿค”

Ramai peniaga hanya mula fikir pasal biskut raya bila puasa dah masuk minggu pertama.
Masa tu sebenarnya dah lambat.

1️⃣ Harga bahan mentah belum naik
Sebelum puasa:

✔️ Butter masih stabil
✔️ Tepung & telur belum berebut stok
✔️ Bekas balang masih banyak pilihan
Masuk puasa:
❌ Harga naik
❌ Barang cepat habis
❌ Terpaksa tukar jenama → rasa berubah

2️⃣ Ada masa untuk buat keputusan yang betul
Bila mula awal, peniaga boleh: 

✔️ Test resepi
✔️ Baiki rasa & tekstur
✔️ Pilih biskut yang betul-betul laku
Bila last minute: 
❌ Main buat je
❌ Tak sempat baiki kualiti
❌ Tak yakin nak jual

3️⃣ Tak stress, tenaga pun terjaga
Mula awal bermaksud: 

✔️ Baking berperingkat
✔️ Tidur cukup
✔️ Kualiti biskut konsisten
Bila buat semua dalam puasa: 

❌ Penat
❌ Emosi cepat naik
❌ Risiko silap tinggi

4️⃣ Pelanggan lebih yakin
Peniaga yang buka awal: 

✔️ Nampak profesional
✔️ Dipercayai pelanggan lama
✔️ Mudah dapat repeat order
Orang akan fikir:
“Dia ni serius berniaga, bukan buat last minute.”

5️⃣ Jualan lebih tersusun & untung lebih cantik
Bila mula awal: 

✔️ Boleh buat pre-order
✔️ Modal pusing lebih selamat
✔️ Untung boleh dianggarkan
Bukan main agak-agak.

✨ 
Biskut raya bukan sekadar sedap,
tapi dirancang dengan betul dari awal.
Siapa yang mula awal, 

➡️ kurang stress
➡️ kualiti terjaga
➡️ untung pun lebih tenang

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Thursday, January 15, 2026

Tujuan menggunakan shortening dalam biskut bangkit cheese

Tujuan menggunakan shortening dalam biskut bangkit cheese ialah untuk:

1️⃣Tekstur lebih rapuh & cair di mulut
Shortening membantu hasilkan biskut bangkit yang ringan, rapuh dan “melting” bila masuk mulut – ciri utama biskut bangkit yang cantik.

2️⃣Biskut tak keras
Berbanding mentega sahaja, shortening kurangkan pembentukan gluten, jadi biskut tak liat atau keras selepas dibakar.

3️⃣Bentuk lebih cantik & stabil
Shortening tahan suhu tinggi, jadi biskut tak melebar sangat dan corak kekal kemas semasa dibakar.

4️⃣Rasa lebih neutral
Shortening tak kuat bau, jadi rasa cheese lebih menonjol tanpa gangguan rasa mentega yang terlalu kuat.

5️⃣Tahan lama
Biskut guna shortening biasanya lebih tahan simpan dan tak cepat tengik—sesuai untuk biskut raya.

๐Ÿ’ก Tip seimbang:
Ramai baker guna campuran shortening + mentega
→ dapat aroma mentega, tapi masih rapuh & cair di mulut.

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Resepi bangkit cheese crunchys

Resepi bangkit cheese crunchys

6 cawan tepung ubi
 - goreng tanpa minyak smpai agak berasap ok dah 
 - jemur pn boleh 
6 cawan tepung jagung sangai atau jemur
1 sb ๐Ÿ‘‰ BAHAN WAJIB
500g pure butter tatura atau lurpark 
1 sb shortening
500gm cream cheese 
2 cawan gula halus 
3 biji kuning telor 
1 sk baking powder 
1 sk esen vanilla..
500gm cheddar

>>>Acuan Biskut bangkit ๐Ÿ‘‰ KLIK DISINI

>>>Biskut Bangkit cheese viral  ๐Ÿ‘‰ KLIK DISINI

cara2
tpg jagung, tpg ubi, baking powder dan tepung beras ayak 2 kali 
butter,gula dan shortening mix sehingga sebati xperlu kembang ya,
masukkn cream cheese,asen vanilla & kuning telor putar lg sampai elok sebati, 
kemudian masukkn tpg sikit demi sikit 
kemudian uli sehingga doh xmelekat pd tgn,
parutkn cheddar gaul sebati,
kalau doh masih agak lekat2 tambah atau tabur sket2 tepung tpg ubi ye,
rehat kan doh dlm 15-20 minit pastikan bekas berttup ya. kemudian tekap acuan bunga pilihan korg ..
panaskn oven bakar pd suhu 170-30minit ikot oven masing²..
klu xckup masak tambah masa..biar brown sket bawah bangkit baru rangup

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

CARA JADIKAN TART KUNING CANTIK LEPAS BAKAR

๐ŸŒผ CARA JADIKAN TART KUNING CANTIK LEPAS BAKAR

1️⃣ Guna kuning telur, bukan putih
✔️ Kuning telur beri warna kuning semula jadi
✔️ Putih telur buat tart cepat perang & keras
๐Ÿ‘‰ Boleh guna 1–2 biji kuning telur sahaja

2️⃣ Pilih butter / marjerin warna kuning
✔️ Butter kuning → warna tart naik cantik
❌ Butter putih → tart jadi pucat
๐Ÿ‘‰ Jika guna marjerin, pilih yang kuning pekat

3️⃣ Tambah sedikit susu tepung / susu bayi
✔️ Bantu naikkan warna kuning
✔️ Buat rasa lebih lemak
๐Ÿ‘‰ Cukup 1–2 sudu besar sahaja

4️⃣ Jangan bakar suhu terlalu tinggi
❌ Suhu tinggi buat tart cepat coklat
✔️ Suhu sesuai: 160–170°C
๐Ÿ‘‰ Warna jadi kuning keemasan, bukan gelap

5️⃣ Jangan overbake
✔️ Bakar hingga bahagian bawah masak & atas kekal kuning
✔️ Bila tepi mula keras sikit, terus keluarkan

6️⃣ Elakkan gula berlebihan
❌ Gula banyak buat tart cepat perang
✔️ Guna gula aising / gula halus dalam kuantiti sederhana

7️⃣ Jika perlu, guna pewarna kuning (optional)
๐Ÿ‘‰ Titik 1–2 titis sahaja pewarna kuning telur
❌ Jangan banyak, nanti nampak tidak natural

✨ Tip Extra (rahsia cantik):
✔️ Panaskan oven betul-betul sebelum bakar
✔️ Guna tray warna cerah
✔️ Rak tengah oven, bukan atas

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Resepi Yam Cup Cakes Comel♥

Resepi Yam Cup Cakes Comel♥

Bahan bahan

1 cawan butter (suhu bilik) / 200gm
1 cawan gula halus / 170gm 
4 biji telur
1 sb yam flavour
2 sk pewarna ungu
sedikit garam halus
3 cawan tepung gandum / 300gm
1 sk baking powder

bahan b
1 cawan susu (susu cair @ fresh milk @ susu full cream 
1 sk cuka masakan
satukan dan biar sekejap

cara-cara
Butter dan gula  serta perisa yam dan pewarna ungu mix sampai putih bercream
Ayak tepung, baking powder dan garam halus
Masukkan telur satu persatu 
Dah sebati masukkan tepung selang seli dgn bahan b sampai habis.
Kacau rata 
Panaskan oven dan isi dalam cup cakes
Bakar suhu 170 masa 20 minit atau bergantung saiz cup dan oven masing2.

Topping 
2 cawan vivo fresh cream atau non dairy  masa sejuk2 ada sikit2 ais lagi bagus
mix kental..
bahagikan dua bahagian 
sebahagian letak yam flavour dan pewarna ungu sebahagian lagi ori
buat sebelah2 masa masukkan dalam piping beg yg dah siap letak nozel 1 m di hujungnya.
Paip kan atas cup cakes

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Tuesday, January 13, 2026

RESEPI PUDING QUESILLO (Ala Venezuela)

๐Ÿฎ RESEPI PUDING QUESILLO (Ala Venezuela)

๐Ÿงบ Bahan-bahan
Lapisan karamel
5 sudu besar gula
2 sudu besar air

Puding quesillo
1 tin susu pekat manis
1 tin susu cair (guna tin susu pekat sebagai sukatan)
4 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Secubit garam

Tapak kek (optional tapi sedap)
Kek coklat siap bakar / biskut Marie dihancurkan
1–2 sudu besar mentega cair

๐Ÿ‘ฉ‍๐Ÿณ Cara-cara

Karamel
Masukkan gula & air ke dalam kuali.
Masak api sederhana hingga gula cair & jadi warna keemasan.
Tuang terus ke dalam acuan (acuan lubang tengah / loyang kecil). Ketepikan.

Adunan puding
Masukkan susu pekat, susu cair, telur, vanila & garam ke dalam blender.
Kisar sekejap saja (jangan lama sangat, nanti banyak buih).

Tuang adunan
Tuang adunan puding perlahan-lahan ke dalam acuan yang ada karamel.

Tapak kek
Campur kek/biskut dengan mentega cair.
Tekan perlahan di bahagian atas adunan puding (bila terbalik nanti jadi tapak bawah).

Kukus / bakar
Kukus: 45–60 minit api sederhana (tutup acuan dengan aluminium foil)
Bakar: 160°C selama 50–60 minit (kaedah bain-marie / loyang berisi air)

Sejukkan
Biarkan sejuk sepenuhnya, kemudian simpan dalam peti sejuk minimum 4 jam.
Hidang
Terbalikkan puding ke atas pinggan.
Karamel akan mengalir cantik ๐Ÿ˜

๐Ÿ’ก Tips Gebu & Cantik
Jangan overblend telur (elak puding berlubang besar)
Api jangan terlalu kuat masa kukus
Lagi sedap makan sejuk-sejuk

Saturday, January 10, 2026

Bingsu cheese tiramissu oldtown resepi Azlina ina

Bingsu cheese tiramissu oldtown resepi Azlina ina 

bahan2 kek
acuan saiz 4 inch
bahan2 satukan dalam bowl
5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
1sb perisa coffee
1sb emolco coklat
1sk cream tartar
1sk soda bikarbonat
2 cawan tepung self rising
mix sampai jd putih gebu
masuk kan 1/4 cawan susu full cream putar lg sebati
masuk kan 1/4 cawan minyak jagung mix sebati
tuang adunan dalam acuan yg dah disapu minyak
tutup adunan pakai wraping plastic
kukus 20 mnt
keluakan dan sejuk kan

topping
500g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1/2cawan susu full cream
1 cawan whipping dairy
blender sebati
ambik bahagikan 2 bahagian 
satu bahagian original 
satu bahagian letak perisa coklat+coffee oldtown separuh sachet yg siap bancuh sket dgn air panas kacau..kalau xsuke cofee letak coklat saja ya pilihan korg...
tuang cream cheese original
kemudian baru yg colour coklat
masuk kan chiller 2 jam
tabur dgn campuran 
1 cawan serbuk koko+ 3-4 sbdusting powder+
1sachet old town white coffee.tutup bekas goncang sebati baru ayak kan atas kek yg dah disejuk kan td.Siapppp

Thursday, January 8, 2026

Resepi Red Velvet Creamy Cheese Viral

Resepi Red Velvet Creamy Cheese Viral

Bahan2

buat butter milk (susu masam)
1 cawan (150ml ) susu segar
1 sb cuka masakan kalau tak ada perah lemon
1sb pewarna serbuk
satukan dan biar dalam 5 minit 

bahan2 mix
200gm majerin
1 cawan gula perang
3 biji telur 
mix sampai gebu

sementara mix tu boleh ayak
3 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1/2 sb serbuk koko

masukkan campuran tepung berselang dengan butter milk dan kacau rata.
Akhir sekali masukkan
1sb cuka masakan+1sk soda bikarbonat
berbuih je masuk dalam  adunan dan  kacau 
Siap....

Panaskan pengukus atau nak bakar pun boleh
SQ 450 kukus 15 minit...tutup dengan plastik wrap 
Kalau bakar pastikan dalam bekas aluminium atau loyang
Biar sejuk sementara tu sediakan topping

500g cream cheese tatura
1/2 tin susu pekat
1 cawan susu segar
1 cawan whipping dairy

Blender semua sebati dan tuang atas kek.
Cucuk2 kek dengan garfu.
Pastikan buat tadi dapat 8 bekas dan sebekas tingglkan untuk hiasan 
Parut cheddar. Tepi tabur crumble red velvet tadi. 
Siap dan sejukkan.
Nak makan kena keluakan dari chiller 10 minit baru makan

TIP | RESEPI | INSPIRASI
Azlina ina resepi

Wednesday, January 7, 2026

Resepi untuk Almond London Pistachio Azlina ina

Resepi Almond london pistachio

Bahan-bahan:
500g kacang badam, bakar 3 kali
250g mentega
1 cawan gula icing
1 sudu kecil esen vanilla
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung jagung
1/2 cawan nestum kisar
1/2 cawan serbuk badam
1 1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu besar tepung beras
Almond nib untuk hiasan

Cara-cara:
Bakar kacang badam 3 kali pada suhu 120-130 darjah selama 30 minit setiap kali.
Sejukkan kacang badam setiap kali bakar.
Satukan mentega, gula icing, esen vanilla, dan telur dalam mangkuk.
Campurkan tepung gandum, tepung jagung, nestum kisar, serbuk badam, baking powder, dan tepung beras dalam mangkuk lain.
Masukkan campuran tepung ke dalam campuran mentega sedikit demi sedikit hingga menjadi doh lembut.
Hias doh dengan kacang almond nib.
Bakar pada suhu 180 darjah selama 25-30 minit atau sehingga Almond London keperangan di bahagian bawah.

Berikut adalah ringkasan resepi untuk Homemade Pistachio Paste & Sos Pistachio Homemade, dengan kredit kepada Azlina Ina:

### Resepi Pistachio Paste:
- 1 kg kacang pistachio (bakar tanpa perlu garing)
- Blender halus menggunakan chopper atau grinder
- Tambahkan 4 cawan minyak jagung
- Masukkan 6 sudu besar emolco pistachio (untuk bau pistachio yang kuat)
- Kacau sehingga sebati

### Cara Buat Sos Pistachio:
1. Double boil 1 kg coklat putih Beryls.
2. Campurkan pistachio paste ke dalam coklat putih dan sedia untuk dihidangkan.

### Nota Penting:
- Jika digunakan untuk campuran keju, tidak perlu coklat putih karena tidak perlu manis.
- Tidak perlu membeli produk, cukup doakan kesihatan dan rezeki yang lebih murah.
- Azlina Ina Fans

Selamat mencuba๐Ÿ˜Š

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi

Thursday, January 1, 2026

Resepi Cupcakes Pandan Gula Melaka (15 -18 cups)

Resepi Cupcakes Pandan Gula Melaka 
(15 -18 cups)

SIRAP GULA MELAKA

1 ketul gula melaka(pecah2 kan)
sedikit gula merah
1 cawan air setiap seketul

Masak sampai larut dan pekat.
Biar sejuk

CUPCAKES

bahan A
3 biji telur ayam
1/2 cawan gula castor
1 sb ovalate
1 sb emulco pandan coconut
1/2 sb pewarna hijau ( dark green)
1 cawan tepung gandum(+1 sk baking powder)
mix sampai kembang gebu

bahan B
Cairkan butter premium atau butter cup 
Guna butter premium lebih sedap 

Dah kembang elok adunan A tadi masukkan butter cair 1/4 cwn
kacau sebati
isi dalam cup 3/4 ye
suhu 170 api atas bawah 
masa bakar 20 minit 

Cream dia
250g butter premium unsalted
1/2 cawan gula ising
mix sebati
tambah 125g cream cheese
dah elok sebati
tambah 1 cawan whipping non dairy jenama vivo
nak tambah sirap gula melaka atau parutan gula melaka sikit pun boleh
Yang hijau letak emulco pandan coconut sikit

Masuk cream dalam piping beg guna nozel 1M
atau 2M
Buat bulatan rosset
Renjiskan sirap gula melaka dan hias dengan coconut hawaian flakes atau nak letak daun pandan pun boleh juga

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi