Tuesday, September 30, 2025

Kenapa Kek Tak Naik? 5 Kesilapan Ramai Tak Perasan

🎂 Kenapa Kek Tak Naik? 5 Kesilapan Ramai Tak Perasan

Pernah tak semangat buat kek, tapi bila keluar oven... alahai, bantat 😅
Rupanya ada beberapa kesilapan kecil yang ramai terlepas pandang:

1️⃣ Tak preheat oven – Suhu tak stabil buat kek tak naik cantik.
2️⃣ Tepung tak diayak – Ketul kecil dalam tepung ganggu tekstur gebu.
3️⃣ Overmix adunan – Gaul terlalu lama, udara dalam adunan hilang.
4️⃣ Baking powder lama / expired – Dah hilang kuasa pengembang.
5️⃣ Oven selalu dibuka – Udara panas keluar, kek jadi turun.

👉 Lepas ni cuba elak kesilapan ni, confirm kek naik cantik, gebu dan sedap! 💕

Resepi Orange soft sponge

Asalamualaikum, Sudi ke jawap salam ni🥺🥺🥺 korg nak buat kek birthday tp kdg2 risau xsedap? yg ni mmg best dan biasa nye kalau baking di bakery belom masak org dh tempah sbb bau die masa baking tu dah sampai ke depan kaunter mmg best dan sedap sgt2.Jom resepi nya

Resepi Orange soft sponge 
dapat 3 loyang saiz 6 ya
dan dapat 2 loyang saiz 7

Bahan2
5 biji telur
1 packet magic flour
1 sb ovalate ( di dalam dah magic flour dah di beri)
1/4 air masak
1sb lemon flavour
1sb orange flavour
2sk pewarna orange
mix sebati sampai gebu
masukkan 1/2 cawan butter yg di cairkan
tuang dalam loyang 6 dan bakar suhu 180 masa 40 mnt 

cream untuk lepa nya
250 g cream cheese
100g gula ising
mix sampai sebati
masukkan 250-300g whipping non dairy
mix sampai gebu
bahagi kan dua dan boleh letak colour orange sedikit bahagian tuk lepa kek nnt

setiap layer kek yg dah di letak cream boleh add on hirisan orange atau filling orange
siap boleh chill kan dulu dalam chiller dalam sejam lebih kurg ya dan sediakan ganace tuk hiasan kek kita td

500 g coin white chocolate 
2 cwn whipping cream 
1/2 tsp butter @ marjerin
1 tbsp orange oil flavour 
1 tsp orange oilbase

Panas kan dahulu whipping cream + butter dah mendidih masuk dlm white chocolate kacau untill sebati and than masukkan flavour dgn colour bia kan rehat dalam 30 mnt-1 jam
baru tuang atas kek ya🥰🥰


Loyang kek Dan kuih👉https://s.shopee.com.my/2LPKeb2QK9

*Resepi ini di ulang siar untuk perkongsian ilmu, sila LIKE | KOMEN | SHARE

Kredit Azlina ina

Baking Powder vs Soda Bikarbonat

🧁 Baking Powder vs Soda Bikarbonat

1. Baking Powder

Campuran: soda bikarbonat + asid kering (contoh cream of tartar) + sedikit kanji.

Fungsi: terus hasilkan gas (buih) bila bercampur dengan cecair & haba → kek naik gebu.

Sesuai untuk: kebanyakan resipi kek, muffin, pancake.

Rasa: neutral (tak tinggalkan rasa sabun/alkali).


2. Soda Bikarbonat (Baking Soda)

Bahan tunggal (alkali).

Fungsi: perlukan asid (contoh jus lemon, yogurt, buttermilk, madu, coklat, gula perang) untuk aktifkan.

Tanpa asid → kek pahit & berbau soda.

Sesuai untuk: kek pisang, brownies, cookies, kek yang ada bahan berasid.



---

✅ Tip Penting

Jangan tukar suka-suka – tak sama fungsi.

Kadang-kadang resipi guna kedua-dua:

Baking powder → untuk pastikan kek naik.

Soda bikarbonat → untuk neutral rasa asid & bagi warna lebih perang.

RESEPI APAM LENGGANG

RESEPI APAM LENGGANG

BAHAN-BAHAN :

1 1/2 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
3/4 cawan gula
1bit telur
1cwan air
1 cawan santan
1/2 cawan kelapa parut jika suka xbubuh pun xpa
1st mauripan
Sedikit gram..

Guna alat ni mudah untuk buat lempeng, nk buat roti jala pun senang👉https://s.shopee.com.my/9zolkMmzoM

CARA MEMBUATNYA :

Masukkan semua bahan dalam blender kecuali kelapa parut….

blend semua dan tapis kedlm bekas dan tutup.. perap selama sejam..

kemudian buka dan kacau adunan dan masukkan kelapa parut kacau hingga sebati..

kemudian panaskan kuali sapu minyak masukkan adunan sesenduk kemudian lenggang la dan tutup agak masak dan kekuningan boleh la angkat dan gulung..dah siap..

*Resepi ini di ulang siar untuk perkongsian ilmu, sila LIKE | KOMEN | SHARE

Kredit : Nor Atika Nazirah

Resepi Kek Marble Gebu Gebas


❤️ Resepi Marble Gebu Gebas ❤️

Bahan2

150g butter dicairkan
bahan2 yg di mix dalam 1 bowl mixer
1 packet magic flour
1 sb ovalate( mak bekal kan dalam tu)
6 biji telur
1/4 cawan air masak
mix sampai gebu semua bahan
matikan mixer dan masukkan butter cair td
gaul kan rata.
pilih la korg nak letak colour ape pn boleh
lorek2 kan
masuk dalam loyang 7 dapat 2 loyang
kalau loyang 6 dapat 3
bakar suhu 180 masa 45-50 mnt ya
taraaaa😂 siap tebalik kan atas redai.
bau die ya ampun wangi sgt satu rumah🥳🥳
korg jimat masa,jimat tenaga dan xbekecah dapur dgn korg cuba magic flour anti gagal.masalah kemurungan hilang serta merta🥳
yg berniaga pn bagus yg nak cuba berjualan pn bagus.bile kek yg di baking semua jd maka kurg pembaziran bahan kan.dapat kan magic flour  di kedai shoppee kami ya.🥰🥰🥰

Magic Flour 👉https://s.shopee.com.my/11Pev84zS

*Resepi ini di ulang siar untuk perkongsian ilmu, sila LIKE | KOMEN | SHARE

Kredit : Azlina ina

Resepi Kek Marble simple

❤️ Resepi  kek marbel gebu soft mudah❤️

Bahan-bahan:
6 biji telur
1 packet magic flour
1 packet ovalate( dalam magic flour mak sediakan)
80g air masak/ santan/ susu segar
mix sampai gebu
masukkan 150g butter yg dicairkan
kacau sebati
bahagikan 2 bahagian adunan
satu adunan add on 2-3 sb serbuk koko
tambah 5 sb susu segar/air masak/santan kacau kan( ramai xtambah cecair bile tambah serbuk koko nnt tekstur yg coklat akan jd keras sket bile masak)

ok skrg ambik loyang oles kan dgn minyak lapik baking paper tuang adunan beselang selang sampai habis.Panas kan oven bakar suhu 180 masa 45-50 mnt.bila masak keluakan a tebalik kan atas papan yg di lapik tisu dapur.kalau kat redai pn boleh juga.Siap kek marble gebu kita.

Mudah sgt ade magic flour gerenti jd mudah di hasil kan tanpa kecah dapur.😘😘😘

Magic flour 👉https://s.shopee.com.my/5VMLQLvzMo

*Resepi ini di ulang siar untuk perkongsian ilmu, sila LIKE | KOMEN | SHARE

Kredit : Azlina ina