Wednesday, February 18, 2026

Resepi Puding Caramel

korg buat la untuk jual atau makan ya, nk buat juadah berbuka pun boleh,

-Resepi Puding Caramel-

Bahan2 caramel:
1 cawan  gula
5 sb air
-masak api slow sehingga gula cair dan warna emas. Kacau perlahan sehingga sebati. Tuang dlm bekas yg di rendam dalam air sejuk supaya bekas plastik tu xbelobang hahaha

>>> Nk guna set puding caramel ni pun lgi mudah πŸ‘‰ KLIK DISINI

>>> Boleh ltk dlm bekas mcm ni πŸ‘‰
KLIK DISINI

Bahan2 Puding:
10 bj telur A
1 st esen vanilla
1sk sunquick( optional suke letak xde bau telur langsung)
1 tin susu cair/sejat
1/3 tin susu pekat
-masukkn semua bahan dan blend sekejap shja dan tuang kedalam loyang caramel.
-kukus 20mnt-

Monday, February 16, 2026

RESEPI COOKIES COCOLATE WHITE HAZEL

#resepipercumamakina 
BISMILLAH 
Asalamualaikum..tahun pertama jual xsangka lebih 5000 bekas dah book by agent dan pemborong.Mana xsempat book atau beli mak bg resepi korg buat la sendiri ya...

COOKIES COCOLATE WHITE HAZEL

500g marjerin pelangi
2 biji telor kuning
2 sudu bsr esen vanilla
1cwn gula castor
1/2 cwn minyak masak 
1 sudu bsr baking powder 
1sudu (k) soda
3 sudu bsr emplex
3 sudu bsr emolco dark choc
3 sudu serbuk dark cocoa 
1 cwn 1/2 tepung susu 
1cwn tepung jagung 
4 cwn tepung gandum 

 Mula²  satukn marjerin, telor,esen,gula castor,minyak masak,baking ,soda,emplex,emolco choc,dark cocoa adun dgn sederhana atau gaulkn bgi sebati sahaja.xperlu kembang..
kemudian tambah kan tepung susu, tepung jagung d tepung gandum perlahan² sehingga sebati,setelah adunan sebati barulah masukkn kedlm piping beg supaya senang utk kita menekan,kmudian tekan lobang guna penekan mak oder di tik tok je..search penekan biskut button.
 Panas kan oven kemudian bakar dgn api 
oven industri
175 api atas
154 api bwh 
bakar 17-18 minit kemudian keluakan big sejuk topping pakai topping spread guna coklat beryls atau top cocoa.dua ni saja murah dan sedap ya..white dan hazelnut sebelah2
kemudian bakar semula 7-8 minit keluakan bg sejuk dan angin kan baru susun dalam telap

oven biasa
bakar turn pertama
180 masa 20 mnt api atas bawah
keluakan sejuk kan
paip coklat white dan hazelnut
kemudian bakar semula 4-5 mnt
kemudian angin kan baru packing ya

selamat mencuba semuaaa

Monday, February 9, 2026

Resepi Cream puff boncet

Resepi Cream puff boncet

Mix 500g butter dan 50g gula then masukkan 1000ml air /1 liter dan 400 ml susu full cream/fresh cream

Masak semua bahan ni sampai mendidih then baru masukkan 800g tepung gandum masak sampai tak melekat then sejukkan adunan dulu then baru alulihkan adunan ke mixer then masukkan vanila dan 20 biji telur(masukkan satu persatu)

Bakar suhu 180 api ats bwh selama 25 minit

belah dua jgn putus cream puff korg td
kemudian sediakan cream die
juga cara baru lg senang sediakan custard cream die

Inti sedap die

Creampuff 
Custard masak 
2 Sudu besar tepung Custard
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan gula 
1 cawan air panas 
Masak sehingga jadi custard ( Licin )
Sejukkan adunan + campurkan dengan vivo

masuk piping beg guna nozel 1@2M
paip penuh dan gerak kan keluar ayak dusting powder siap

TIP | RESEPI | INSPIRASI 
Azlina ina resepi 

Sunday, February 8, 2026

Resepi Bingsu cheese cake candy laici

Resepi Bingsu cheese cake candy laici

Bahan2 kek
acuan saiz 4 inch
bahan2 satukan dalam bowl
5 biji telur
1 cawan πŸ‘‰ KLIK DISINI
1 sb πŸ‘‰ KLIK DISINI
1sb perisa laici πŸ‘‰
KLIK DISINI
1sk colour biru
1sk cream tartar
1sk baking soda
2 cawan tepung self rising
mix sampai jd putih gebu
masuk kan 1/4 cawan susu full cream putar lg sebati
masuk kan 1/4 cawan minyak jagung mix sebati
tuang adunan dalam acuan yg dah disapu minyak
tutup adunan pakai wraping plastic
kukus 20 mnt
keluakan dan sejuk kan

topping
500g cream cheese
1/2 cawan susu pekat
1 cawan susu full cream
1/2 cawan whipping dairy
blender sebati
ambik bahagikan 3 bahagian
satu bahagian original kalau nak letak laici pn boleh
satu bahagian letak perisa strawbery dan pewarna pink sikit je bg slow je colour
satu bahagian letak perisa mangga@pisang@nenas mana2 kesukaan korg dan colour kuning lemon sikit je tau
kemudian boleh tuang atas kek ikut corak colour yg korg rasa cantik...
sejuk kan dan siap di jual atau makan ya...

TIP | RESEPI | INSPIRASI
Azlina ina resepi 

RESEPI BISKUT MAKMUR LEGEND LEMBUT RANGGUP

RESEPI BISKUT MAKMUR LEGEND LEMBUT RANGGUP

>>> Nak cari acuan yg mcm ni πŸ‘‰ https://s.shopee.com.my/7VAmaQgMGs

240gm minyak sapi-cair kan 
60gm mentega 
1 bj kuning Telur -A/B
1/2tsp esen vanila 
500gm tepung gandum
60gm gula aising

>>> Bahan wajib guna πŸ‘‰https://s.shopee.com.my/6fbfb1swq6

Bahan2 inti 
1/2cawan mentega kacang/peanut spread
180gm kacang tanah kasar 
60gm gula aising 
*campurkan semua dan kacau rata

Cara2

1. Pukul mentega,kuning Telur ,esen vanila dan gula aising hingga sebati saje..tak perlu lama2.. Guna  senduk kayu jek

2. Masukan tepung gandum ..tuang minyak sapi cair sikit sikit sambil uli hingga lah dapat doh yg elok dan boleh kepal..

3. Ambil  sikit doh (Sy timbang dlm9gm) dan leperkan..isikan inti..bulatkan dan sepit atau boleh buat bulat2 jek 
Sy Guna sepit dlm pic tu

4. Susun atas dulang pembakar yg digris sikit dgn butter/marjerin

5. Bakar suhu 150-160 selama 30-35 minit atau hingga betul garing(Sy bakar sampai garing baru ranggup)
*kalau nak jenis lembut sikit tak perlu sampai garing sgt..tengok bwh kuih dh perang boleh la angkat

6. Setelah sejuk,golekan dgn gula aising 
Siap 

InsyaAllah sangat2 sedapπŸ˜‹πŸ˜‹

Selamat mencuba

Wednesday, February 4, 2026

Resepi Kek pandan santan kukus paling gebu


Resepi Kek pandan santan kukus paling gebu

Bahan-bahan πŸ‘‡
ayak
1 cawan tepung self rising
1 cawan tepung gandum cap ros
1 sk baking powdee
1/2 sk soda bikarbonat
1/2 sk cream off tartar

mix kanπŸ‘‡
5 bijik telur gred B
1 cawan gula halus
1 sb ovalate
1sb pandan coconut emolco
1sk pewarne hijau aple green
2sb serbuk santan ( ade jual kat bakery)
mix smpai gebu warne hijau pekat adunan jd pudar

bila dah gebu slow kan mixer paling rendah
masukkan sikit2 tepung smpai habis
masukkan 8sb minyak masak sket2 smpai abis
nak kaup balik adunan boleh nak pakai mixer slow2 boleh
last masukkan 5sb santan pekat kara kacau sebati
oles acuan dgn minyak tuang adunan.panas kan pengukus dan kukus 40 mnt.hoyey tebalik kan siap gebu bak pipi cikguπŸ˜‚πŸ˜‚


Resepi mini pandan kelapa puteri ayu

#resepifreemakina 
Boleh ke like dan komen post resepi free mak?


πŸ’š mini pandan kelapa puteri ayuπŸ’š

2 cawan tepung gandum
2 biji telur gred A kalau B 3 biji ya( dr dalam peti ais dan telur mesti sejuk)
1 cawan gula halus 
1/2cawan santan+ 1sb emolco pandan coconut+ pewarna hijau epal
1sb ovalett
1sk soda bikarbonat
5 sb minyak jagung


-pukul sehingga kembang telur, gula dan ovalett+ santan+ emolco+ pewarna
-masukkan tepung yang dah di ayak dgn baking 1sk baking soda+1sk baking powder
tambah minyak jagung dan Kaup balik sehingga sebati semua bahan.

kelapa parut muda gaul sedikit garam kukus sekejap( nak cantik ambik putih saja)
sedikit tepung ubi tabur kan dan gaul rata


*panaskan air kukusan sehingga mendidih.
*sapu minyak di acuan..masukkan kelapa dan tekan² bagi padat..
*tuang adunan ke dalam acuan..kukus selama 10 minit.Siap bia sejuk sekejap baru keluakan dr acuan.